Anda Ingin Sertai Kami Sebagai Rider?

Teruskan Membaca!

Ya, kami sangat mengalu-alukan anda jika anda ingin menyertai kami sebagai rider Bellezantar. Antara perkara BEST di Bellezantar adalah:

  1. Pendaftaran PERCUMA!
  2. Kami hanya kenekan caj 15% sahaja untuk setiap delivery
  3. Produk & makanan yang dihantar 100% Halal!
  4. Job yang diberikan pada rider kami semuanya dari pengguna Muslim
  5. Tidak perlu bawa barangan non-halal
  6. Radius 10km sahaja penghantaran. Tidak perlu ride jauh-jauh
  7. Fee Rider yang BEST! RM25 untuk setiap trip dikala Penguatkuasaan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’
  8. Setiap rider cuma akan terima MAKSIMA 7 job sehari*

CARA-CARA MENDAFTARKAN DIRI

Untuk daftarkan diri anda, sila ikut langkah dibawah:

  1. Muat turun aplikasi ‘Bellezantar’ di Google Playstore
  2. Install ‘Bellezantar’ di smartphone anda
  3. Buka aplikasi ‘Bellezantar’ dan klik pada link ‘New User’
  4. Isikan segala maklumat yang ada dalam borang pendaftaran ‘New User’
  5. Kami akan ‘aktifkan’ akaun Rider anda dalam tempoh 24hrs
  6. Apabila akaun sudah ‘Aktif’, anda sudah boleh menerima job melalui sistem ‘Belleza’.

CARA-CARA MENERIMA BAYARAN

Proses menerima bayaran adalah seperti berikut:

  1. Pengguna akan buat tempahan dan senaraikan items yang mereka mahu anda beli. Mereka juga akan buat bayaran kepada kami.
  2. Selepas kami terima bayaran dan hantar job request melalui sistem, Rider yang terima job itu akan menerima bayaran dari kami terus ke akaun bank.
  3. Selepas selesai penghantaran pada pelanggan, kami akan transfer bayaran rider terus ke akaun rider dalam tempoh 24jam.

CONTOH BAYARAN DITERIMA

  • Rider A terima notifikasi job dari Belleza untuk Pelanggan B, berjumlah RM150.
  • Pihak Bellezantar akan transfer RM125 ke akaun Rider A. Caj penghantaran pihak Belleza akan ‘hold’ sehingga tempahan dihantar kepada Pelanggan B.
  • Selepas penghantaran dibuat dan disahkan oleh kami, kami akan transfer RM21.25 ke akaun Rider A (Selepas tolak RM3.75 iaitu 15% fee Belleza)

Soalan Lanjut?


Facebook


Twitter


Youtube


Whatsapp


Telegram